Tuesday, May 3, 2011

Kenapa Tiada Update?

Adakah ini dinamakan simptom-simptom "hangat2 tahi ayam"? Ohh...tidak sama sekali. Disebabkan hujung minggu yang panjang, diet plan memanglah penggagal yang paling nyata. Last update aritu adalah on 29 April, bersamaan hari Jumaat. Then, started Saturday sampaila ke hari ini (Selasa), baru muncul semula update. Nampak sangat aktiviti makan tanpa henti telah berlaku. Kalau dah cuti kat Malaysia ni, apa lagi aktiviti menarik yang boleh dibuat selain sight seeing atau camping dan sebagainya selian dari makan,makan dan makan tanpa henti.

Saturday
Telah menghadiri kenduri kahwin cousin di Melaka. Lebih menyedihkan, bapa sauadara saya (bapa kepada pengantin) adalah tokey Nasi Biryani yang terkenal di Melaka. Dan, mak saudara saya juga pakar bab masak-memasak, especially lauk2 kampung dan asam pedas. Haa...bila dah pegi rumah tukang2 masak handalan ni memang tak sahlah kalau diet plan tak screwed up kan. Dengan nasi biryani, daging masak biryani yang dagingnya sangat soft sampai seperti cair di dalam mulut, ayam masak merah (ohh...yang ni fail sikit sebab masin), bubur2 kacang dan pulut hitam dan bottom-less sirap bandung, siap ada bekalan tapau bawa balik rumah lagi, memang screwed up lah segala-galanya.

Sunday

Hari ini ada pot-luck party pulak dengan my friends. Menu telah disediakan dengan khidmat bantuan ibunda kesayangan iaitu laksa johor yang malatop. Hoih...kalu dah namanya pot luck party, confirmla pilihan makanan yang pelbagai dan bottomless. Dengan bihun gorengnya, spagetti nya, pelbagai jenis custardnya...haiyohh...memang hari menambah lemak sungguh. However, pagi tu sempat lagi lah sharing dengan my friends tentang makanan, apa fungsi makanan dan skandal makanan yang sangat membahayakan. Hopefully lepas ni kalau ada potluck party lagi menu kita akan menjadi lebih sihat dan seimbang lagi.

Monday

Masih mode cuti sebab gantian cuti untuk hari Ahad. Pagi2 lagi dah pekena nasi biryani hasil tapauan tempoh hari. Hoho...jangan tiru aksi2 marabahaya seperti ini ya, sangat tak effective bila dalam masa 2-3 jam badan terus jadi layu. Kalau buat hari2 macam tu konfirm la menjadi gemuk dan malas tahap gaban. Nasib baik in the evening husband telah mengajak pergi ke shopping mall, sekurang-kurangnya ada juga aktiviti bakar kalori dan tambah oksigen yang berlaku. Dan telah berjaya membeli sport shoes utk Aimar, oleh sebab itu tidak ada alasan lagi untuk tidak berjogging lepas ni (hopefully lah).

Haihh...aktiviti memboyak di hujung minggu cuti yang panjang. Lagi 2 hari nak pegi Bangkok. Hopefully balik dari Bangkok nanti boleh la lose 2-3 kg...kalau takde aktiviti jalan2 cari makan kat sana la...

No comments:

Post a Comment